Apabila meneliti cerita-cerita panji gelaran “Panji atau
Apanji” hanya muncul sewaktu tokoh Inu dan Galoh Chendera Kirana dalam
penyamaran dan pengembaraan. Dalam cerita ini, gelaran Raden Panji
digunakan walaupun tokoh tidak dalam pengembaraan.
Menurut S. Prowiroatmodjo, Panji ialah gelaran langsung bangsawan,
pangkat dalam ketenteraan atau yang setaraf dengan pangkat Wedana.
Pandangan ini ada kebenaran kerana gelaran ini hanya digunakan oleh tokoh
protagonis dan tidak antagonis. Tokoh protagonis (wira) berketurunan
bangsawan seperti Raden Inu, putera kepada Raja Kuripan dan tidak daripada
orang kebanyakan seperti yang diberikan oleh Pigeaud:
Panji or Apanji is an old title. As usual its value
fluctuated through the times. In
the fourteenth and fifteenth centuries in the Majapahit Kingdom it was a
title of prince s of the blood. So the hero who appeared romantic tales
written in this period or shortly afterwards was given the title panji, prince
which soon was
used a name (Pigeaud,1967:206)
Pandangan Pigeaud ini
telah diberikan terlebih dahulu oleh Poerbatjaraka dan beliau telah menegaskan
bahawa nama Panji ini telah digunakan dalam susur galur keturunan raja-raja
Jawa sebagaimana yang terdapat dalam kitab Babad Tanah Jawa dan gelaran
panji digunakan oleh anak panji (Panji) Amiluhur yang menjadi raja di Jenggala (M. Ramlan, 1975:5 dan Abd. Rahman Kaeh, 1989:18)
Dengan demikian, Panji
diberikan berbagai-bagai pengertian sehinggalah Juynboll menterjemahkannya
sebagai “bijnaam” (nama keluarga) dan “bijgenaamd vekzeeg eentitel”
(Abd. Rahman Kaeh, 1989:18)
Berhubung dengan pandangan
Juynboll menganggapnya sebagai nama keluarga, kemungkinan beliau mengaitkan
nama keluarga yang lumrah ada pada masyarakat barat. Beliau mungkin tidak
menyedari bahawa orang Timur, lebih-lebih lagi orang Jawa sama sekali tidak
menggunakan nama keluarga. Pastinya kata “panji” mempunyai konotasi yang
tepat untuk dianalisis.
Dalam memberikan pengertian panji, Robson berpendapat:
Panji is a derivation from panji, a flag or banner,
meaning having (as) a flag,’’ that
is, a kind of title, the one who has such –and such on his flag. The
title Panji found, for instance, in the Majapahit period, and especially in the
inscriptions of the Kediri period.
Pendapat Robson telah dikupas secara panjang lebar oleh Abd. Rahman Kaeh
yang mempersoalankan landasan yang menjadi dasar antara tokoh dengan Panji,
seperti kupasan di bawah ini:
“Robson tidak menjelaskan hal di atas secara terperinci,
kecuali ia mengatakan bahawa terdapat hubungan
antara nama tersebut dengan zaman Majapahit dan Kediri.”
(Abd. Rahman Kaeh)
Bagi menjelaskan hujahan, Abd. Rahamn Kaeh telah mengaitkannya dengan
tokoh Jayalengkara yang menurunkan “tunggul wulung” di Majapahit sebelum
meninggal dan naik ke langit. Ketancapan tunggul ini telah membawa
panyakit di Majapahit dan wabak ini terhindar setelah Jayengrana (ayah Cekel
Waneng Pati) mencabutnya. Menurut Abd. Rahman Kaeh lagi mungkin adanya
kesamaan fungsi antara tunggul atau panji sakti yang sering membawa tuah kepada
tokoh yang menggunakannya. Pandangan beliau memang ada kebenarannya
kerana Raden Inu dan Galoh endera Kirana sewaktu menggunakan gelaran Panji
dalam pengembaraan, sering berjaya dalam sebarang peperangan, atau kadangkala
tokoh wira atau wirawati ini sering dapat mengatasi sebarang kesukaran sehingga
seolah-olah gelaran Panji ini mempunyai satu kesaktian yang paling ampuh.
Sebagai rumusan, dapat dibuat kesimpulan bahawa gelaran Panji hanya
diperuntukkan kepada anak raja (khususnya wira dan wirawati) swaktu mereka
berkelana, mengembara mencari kekasihnya. Gelaran Panji digunakan sebagi
satu perisai yang membentingi diri tokoh agar tidak dikenali orang-orang yang
ditemuinya. Gelaran Panji juga terpaksa digunakan sebagai azimat kekuatan
kerana ketika pengembaraan dan penyamaran inilah tokoh terpaksa unggul melawan
segala gejala yang mendatang.
Sinopsis Hikayat Panji Semirang
Pengenalan
Berdasarkan teks Hikayat Panji Semirang, ceritanya bermula dengan pengenalan
keempat-empat ratu yang bersaudara di antara satu sama lain, iaitu Ratu
Kuripan, Daha, Gegelang dan Biku Gandasari. Mereka ini ialah jelmaan para
dewa kayangan. Ratu Kuripan adalah saudara yang tertua dan dia menjadi
raja di negeri Kuripan. Baginda mempunyai seorang isteri serta anak yang
bernama Raden Inu Kertapati. Sementara Ratu Daha saudara kedua kepada
Ratu Kuripan. Baginda mempunyai tiga orang isteri iaitu Permaisuri,
Mahadewi dan Paduka Liku. Dikatakan Ratu Daha adalah seorang yang terlalu
mengasihi perempuan dan terlalu mengikut kata-kata perempuan.
Dalam bahagian ini juga diceritakan tentang Ratu Gegelang. Baginda
mempunyai seorang anak lelaki bernama Raden Singa Menteri. Manakala
saudara keempat para ratu di Jawa iaitu Biku Gandasari. Baginda dikatakan
bertapa di gunung Wills dan tidak berkahwin. Baginda berupaya mengetahui
perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada jauh ataupun dekat.
Dalam bahagian pengenalan nin diceritakan yang Galoh Chendera Kirana dan Raden
Inu Kertapati telah ditunangkan. Bagaimanapun terjadi perpisahan di
antara mereka berdua setelah Permaisuri Daha diracuni oleh Paduka Liku.
Peristiwa Semasa Pengembaraan
Pada bahagian nin watak-watak akan keluar mengembara. Dalam masa
pengembaraan ini banyak peristiwa terjadi. Misalnya penyamaran,
pertukaran nama, peperangan, permainan wayang dan sebagainya. Babak
paling menarik dalam cerita panji adalah babak-babak penyamaran.
Penyamaran dalam cerita-cerita panji bertujuan untuk: menyembunyikan identiti
sebenar supaya jalan cerita menjadi bertambah panjang dan menarik.
Raden Galoh Chendera Kirana bertindak melarikan diri dari istana dan
membina sebuah negeri yang lain. Ketika itu dia telah mengarahkan
kedua-dua pengiringnya (yang telah menyamar menjadi pahlawan) bertindak
merampas harta benda orang yang lalu lalang berhampiran dengan negeri
mereka. Raden Galoh Chendera Kirana pula bertindak menyamar menjadi pria
dan menukar nama menjadi Panji Semirang. Antara yang dirampas ialah
barang-barang hantaran pihak Raden Inu kepada Galoh Chendera Kirana yang
disangkakan oleh mereka masih berada di istana Ratu Daha. Rampasan itu
membuatkan Raden Inu sendiri yang kemudiannya pergi ke negeri Panji Semirang.
Penyelesaian dapat dilakukan bagaimanapun Inu tidak tahu raja yang sedang
berhadapannya adalah Galoh Chendera Kirana. Raden Inu kemudiannya ke
istana Daha dan diberitahu bahawa Raden Galoh Chendera Kirana telah hilang dari
istana. Sebagai ganti, Inu dikahwinkan dengan Galoh Ajeng. Inu pula
sentiasa teringat-ingat Panji Semirang (Galoh Chendera Kirana) yang ditemuinya
semasa dalam perjalanan ke istana Daha. Tambahan pula dia merasa benci
dengan sikap Galoh Ajeng yang terlalu mengada-ngada. Akibatnya Inu lari
meninggalkan isterinya itu lalu keluar mengembara mencari Panji Semirang yang
dirasakan olehnya mempunyai daya tarikan yang istimewa dan “unik.
Peleraian Cerita
Peleraian cerita berlaku apabila watak Raden Inu telah bertamu dan mengenali
pemain gambuh yang diminatinya itu adalah Raden Galoh Chendera Kirana. Yang
aneh dalam setiap cerita panji, watak Galoh pasti akan mengenali watak Inu yang
sedang menyamar. Bagaimanapun Inu sukar sekali untuk mengenali Galoh
Chendera Kirana yang sedang dalam penyamaran. Cuma dikatakan Inu amat
tertarik dengan orang yang sedang berhadapan dengannya dan cara layanan Inu
terhadap “lelaki” yang bersama-samanya agak aneh. Layanannya seolah-olah
lelaki itu perempuan terutama terhadap Panji Semirang.
Identiti Galoh Chendera Kirana diketahui oleh Raden Inu apabila dia
ternampak Raden Galoh Chendera Kirana sedang bermain-main dengan anak-anakkan
emas pemberiannya. Selepas pertemuan itu kedua-dua mereka pulang ke
istana Ratu Kuripan dan dikahwinkan.
Petikan :Hikayat Panji Semirang
Muka surat:24-25
Terbitan:Pustaka Antara
Paduka Liku melihat hal anak-nya, Galoh Ajeng itu
mata-nya balut bekas menangis, sakit-lah hati-nya teramat sangat, lalu mengadap
ke-bawah duli Sang Nata. Paduka Liku itu lalu duduk berderet dengan
Mahadewi di-hadapan Sang Nata itu. Pada masa itu Galoh Chendera Kirana
dudok jauh tanda menghormati pada ibu-nya. Baginda Sang Ratu melihat
tingkah laku paduka anakanda sangat hormat dan ta’adzim itu,
bertambah-tambah-lah belas kasehan hati-nya, sebab di-lihat-nya, bahawa
puteri-nya itu mengetahui akan darjat diri-nya dan lemah lembut segala barang
laku-nya. Baginda Sang Ratu memanggil Chendera Kirana, di-ajak-nya
santap. Ia pun datang-lah dengan ta’adzim serta menyenbah, lalu santap
bersama-sama dengan Sang Nata dan Mahadewi itu. Pada masa itu Paduka Liku
dan Galoh Ajeng itu sakit hati teramat sangat dan timbul-lah kedengkian
di-dalam hati-nya, kerana melihat Chendera Kirana santap. Sunggoh
masing-masing santap, tetapi hati Paduka Liku dan Galoh Ajeng tiada terlepas
daripada kedengkian itu. Sa-telah sudah santap lalu kembali-lah dan
masing-masing di-iringikan oleh dayang-dayangnya. Sa-telah masing-masing
sudah tiba ka-dalam istana-nya, Paduka Liku tiada juga hilang sakit hati-nya
dan tiada mengetahui apa yang akan di-buat-nya. Pada ketika itu lalu ia
membuat tapai dan di-buboh-nya rachun, lalu di-taroh-nya di- dalam bokor
emas. Sa-telah sudah lalu di-suroh persembahkan oleh dayang-dayang-nya
pada permaisuri, dayng-dayang itu pergi-lah membawa persembahkan yang di-taroh
di-dalam bokor yang amat majlis dan permai itu sa-hingga tiada tersangka,
bahawa telah berchampor dengan rachun. Dayang-dayang itu pun berjalan
menuju ka-istana permaisuri. Sa-telah sampai lalu di-persembahkan-nya
persembahan itu dengan manis muka-nya seraya berdatang sembah, katanya:
“Ini-lah persembahan Paduka Liku yang tiada dengan
seperti-nya, yang di-iringi dengan sujud, di-suroh Paduka Liku persembahkan
ka-bawah duli tuan-ku”
Permaisuri lalu menyambut bokor itu sambil memandang muka
dayang-dayang yang amat manis itu, serta di-suroh-nya dayang-dayang-nya
menyalin bokor itu, lalu di-salin dayang-dayang-lah bokor itu. Sa-telah
itu lalu kembali-lah dayang-dayang itu dan di-persembahkan-nya apa-apa yang
telah di-perbuat-nya itu. Paduka Liku bersuka hati teramat sangat dan berfikir
di-dalam hati-nya:
“Pada hari ini-lah permaisuri itu akan mati dan aku-lah
yang akan menggantikan-nya menjadi permaisuri, jikalau Chendera Kirana yang
memakan itu, neschaya ia pun akan mati juga dan anak-ku Galoh Ajeng akan aku
jadikan tunangan Raden Inu Kertapati, supaya kerajaan negeri Daha dan Kuripan
di-dudokki-nya semua, kerana patut-lah ia menggantikan”
Sa-telah sudah ia berfikir yang demikian, lalu
di-suroh-nya dayang-dayang-nya menutup pintu. Dayang-dayang itu lari
menyembunyikan diri-nya, hanya tinggal Galoh Ajeng dan Paduka Liku sahaja
di-dalam puri itu dan rupa-nya tiada lain yang di-fikirkan-nya hanya:
“Jikalau permaisuri memakai tapai itu, ia ta’dapat tiada,
pada hari itu akan mati”
Falsafah Dalam Petikan
Berdasarkan petikan falsafah yang terdapat di dalamnya ialah mengenai perasaan
hasad dengki. Akibat dari pdrasaan tidak puas hati maka timbullah
perasaan iri hati atau dengki. Misalnya dari perasaan tidak puas hati
Paduka Liku terhadap layanan yang diberikan oleh Sang Nata kepada Permaisuri
dan Raden Galoh Chendera Kirana, maka timbullah perasaan iri hati atau dengki
yang teramat kepada mereka. Paduka Liku telah bertindak membuat tapai
yang diisinya dengan racun untuk diberikan kepada Permaisuri. Paduka Liku
beranggapan bahawa jikalau Permaisuri yang memakan tapai itu dan meninggal
dunia, dia akan diangkat kedudukan menjadi permaisuri. Manakala
seandainya Raden Galoh Chendera Kirana yang memakan tapai dan meninggal dunia,
maka dia akan menunangkan anaknya Raden Galoh Ajeng dengan Raden Inu Kertapati
dan ingin menguasai kerajaan Daha dan Kuripan.
Jika kita mengkaji di sebalik petikan, perkara yang ingin diutarakan adalah
berkaitan dengan perasaan iri hati atau hasad dengki. Cuba kita mengimbas
sejarah silam di mana kenapa iblis tidak mahu bersujud kepada Nabi Adam a.s
? Sebab iblis sangat dengki terhadapnya. Barang sesiapa di antara
kita memiliki sifat dengki atau iri hati, maka sesungguhnya kita telah memiliki
salah satu sifat iblis. Rasulullah s.a.w bersabda, “melepaskan dua ekor
serigala lapar di kandang kambing tidak lebih besar bahayanya jika di
bandingkan dengan seorang muslim yang rakus terhadap harta dan dengki terhadap
agama. Sesungguhnya dengki itu memakan habis kebaikan, seperti api
membakar kayu”
(HR. At. Tirmidzi)
Seseorang pendengki hidupnya tidak akan mulia di dunia.
Malaikat pun akan benci dan muak kepadanya. Jika kelak meninggal dunia,
dia akan mendapat kedudukan yang teramat hina di sisi Allah s.w.t.
Manakala di Yaumul Hisab timbangannya akan terbalik sehingga neraka Jahanam
akan menerkamnya. Itulah nasib malang yang akan Allah timpakan kepada
seorang yang bergelar “pendengki”
Apa itu dengki ?
Hasad dengki ialah penyakit hati dan maksiat batin yang
terdapat pada manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan. Perkataan hasad
berasal dari bahasa Arab iaitu al-hasad. Seseorang yang memiliki
sifat hasad ini mengharapkan sesuatu nikmat yang ada pada seseorang berpindah
kepada dirinya. Dalam bahasa Melayu perkataan dengki digandingkan dengan
perkataan hasad bermaksud “kebencian (kemarahan) kerana perasaan cemburu atau
iri hati yang sangat. Jadi hasad dengki merupakan perasaan tidak senang
apabila melihat orang lain mendapat sesuatu kebaikan.
Secara garis kasar sifat
dengki ini terbahagi kepada dua bahagian. Pertama dengki yang
diharamkan. Seseorang berasa tidak senang akan kenikmatan yang diperolehi
orang lain dan berasa bahagia kalau orang lain mendapat musibah. Hal ini
terbukti apabila Paduka Liku telah bertindak menganiayai Permaisuri dengan
memberikan tapai berisikan racun. Ini telah menyebabkan Permaisuri
memakannya dan mengalami sakit lalu meninggal dunia. Tindakan ini
berpunca dari perasaan Paduka Liku yang dengki terhadap Permaisuri dan Raden
Galoh Chendera Kirana atas layanan yang diberikan ke atas mereka. Ini
dengki yang diharamkan kerana sifat seperti ini termasuk ke dalam tingkat ketiga
penyakit hati.
Kedua, dengki yang dibolehkan berupa rasa iri kepada kenikmatan orang lain
tetapi tidak ingin menghilangkan kenikmatan tersebut daripadanya. Melihat
orang lain memiliki rumah bagus misalnya, kita merasa iri hati ingin memiliki
hal yang sama da tidak dengan merampas hak orang tersebut tetapi dengan cara
berusaha igin memiliki rumah seperti itu dengan usaha sendiri. Keinginan
seperti ini wajar sahaja di dalam Islam. Bahkan “kebolehan” merasa dengki
seperti ini insya Allah akan berpahala apabila berbuat sedemikian seperti
melihat oarang berilmu dan gemar mengamalkan ilmunya, giat berdakwah dengan
penuh keikhlasan dan kita pun ingin melakukakan dan melihat oarang kaya yang
gemar membelanjakan hartanya ke jalan Allah, lantas kita juga ingin berbuat hal
serupa.
Antara punca-punca yang nmencetuskan perasaan dengki ialah disebabkan kebencian
dan permusuhan. Sifat ini muncul kerana pernah disakiti, difitnah, salah
satu haknya dilanggar atau sebab-sebab lain yang merugikan dirinya.
Misalnya Paduka Liku sakit hati apabila Permaisuri dan Raden Galoh Chendera
Kirana mendapat layanan lebih daripada Sang Ratu dan Sang Nata. Manakala
dirinya dan Raden Galoh Ajeng tidak mendapat layanan sedemikian rupa.
Maka tidak hairanlah timbul rasa kebencian dalam diri Paduka Liku sehingga
sanggup meracuni Permaisuri dengan memberi tapai yang racun.
Selain itu, hadirnya naluri untuk selalu lebih daripda orng lain. Naluri
ini merupakan jalan menuju penyakit dengki. Paduka Liku begitu dengki
apabila Permaisuri dan Raden Galoh Chendera Kirana mendapat layanan lebih
daripadanya. Hal ini membuatkan Paduka Liku berhasrat untuk melenyapkan
(mambunuh) salah seorang daripada mereka. Allah s.w.t berfirman dalam QS
An-Nisa A:32
“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang
dikurniakan oleh Allah kepada sebahagian kamu lebih
banyak daripada sebahagian lain. (kerana) bagi lelaki ada
bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi
wanita pun ada bahagian daripada apa yang
mereka usahakan. Dan mohonlah kepada Allah sebahagian
daripada kurniaan-Nya. Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui Segala Sesuatu.
Punca yang lain membawa sifat
kedengkian dalam hati ialah disebabkan mempunyai akhlak yang buruk. Orang
yang buruk akhlaknya akan kikir berbuat kebaikan dan tidak suka melihat oarang
lain mendapat kebaikan. Jika mereka melihat sesuatu yang tidak disukai,
mereka pasti akan mengutuk dan sibuk menyalahkan. Oarang seperti ini
hidupnya akan selalu sengsara dan di akhirat kelak akan mendapat pindaan pahala
yang mereka miliki kepada orang yang didengkinya. Rasulullah s.a.w
menyebutnya sebagai oarang muflis. Ia membawa kebaikan tetapi pahala itu
habis untuk mengantikan dosa yang dilakukannya kepada orang lain.
Kita hidup seharusnya seperti oarng yang memandikan mayat. Ia akan senang
apabila ada yang membantu. Ketika berkiprah dalam dakwah hendaklah kita
bersyukur tatkala ada saudara seiman yang memiliki misi yang sama dan ditakdirkan
ilmu dan jemaahnya lebih ramai dari kita. Jika seseorang itu memiliki
perasaan dengki, ini menunjukkan iman seseorang itu belum cukup sempurna
malah dengki merupakan sifat yang diwarisi daripada iblis. Sifat
dengkilah maka iblis atau syaitan mengoda Adam sehingga terkeluar dari syurga
dan kerana dengki juga maka terjadi pembunuhan antara Qabil dan Habil.
Secara kesimpulannya, cuba kita renungkan punjangga Arab pernah berkata “orang
hasad tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak
dapat dijadikan kawan. Orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan
bagi pendusta”. Ibnu Sina pernah berucap “saya tidak sempat dengki di
dunia ini, kenapa saya harus dengki, apatah lagi dengki kepada orang soleh
? Bukankah dunia ini tiada apa-apa jika dibandingkan dengan
akhirat kelak. Apakah perlu kita dengki ?”.
BIBLIOGRAFI
Hikayat Panji Semirang, 1963. Kuala
Lumpur: Pustaka Antara
Noriah Mohamed dan Mariyam Salim, 2005. Sastera Panji.
Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
htpp://www.epustaka.com/blog/tazkirah
http://www.nurqudrah.com/index.pHD
http://www.sabah.gov.my/jheains
Artikel Terkait